Benarkah erti rindu, atau hanya kata-kata penyedap jiwa. Adakala rindu ini punca gembira dan adakalanya rindu ini punca sedih. Tapi punca rindu juga yang memgeratkan kasih dan menguatkan sayang. Biarpun hati terluka namun rindu tetap berlarutan. Dan adakalanya rindu jugalah punca hati terluka terubat kembali. Seribu kenangan pemula rindu. oleh itu kawal diri dari melampaui rindu takut ia punca merana diri. bersama kita fikirkan.....................
Rabu, 25 November 2009
Tulus
Assalammualaikum...............
Salam ku beri perkenalan tanda wujudnya warkah pengganti naluri yang lahir dari hati yang selama ini sepi dan tersepit. Berkat yang maha esa, alam membantu agar jiwa lara bertambah ceria, bagai mentari memberi sinar kebahagiaan dan harapan. Biarpun keadaan bumi bergolak namun kesejahteraan hati masih wujud tatkala naluri menyedut alur kehidupan.
Disini kan tercoret warkah kehidupan yang ingin ku kongsikan dan disini juga petunjuk diri ku sebagai insan yang kerdil disisi yang maha esa. Setiap hari mengimpikan kebahagian, Kedamaian dan Kesejahteraan bukan sahaja untuk diri malah untuk semua insan dimuka bumi ini.
Terimalah kegembiraan dari ku sebagai pengubat kedukaan sebelum ini. (",)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan