Rabu, 25 November 2009

IKATAN BERSEMI

Ikatan pertunangan yang terbina pada bulan Januari 2009 memberi makna yang manis tatkala diri belajar mengenal erti kasih dan sayang. pengalaman yang selama ini terbina masih belum mencukupi untuk melengkapkan diri sebagai tunangan orang. namun setiap manusia belajar erti













kehidupan dari dilahirkan hingga ke akhir hayat. Selama pertunangan ku harap tiada halangan kerna semua itu hanyalah dugaan didalam kehidupan. buat insan tersayang ku hargai kasihmu, terima kasih kuucapkan biar berkekalan hingga keakhir hayat.

Cantik Bahasa Dari Tutur Kata,
Cantik Hati Dari Budi,
Biar kukuh Kasih Kita,
Ku Pohon Kekal Sampai Ke Mati,

Tulus




Assalammualaikum...............
Salam ku beri perkenalan tanda wujudnya warkah pengganti naluri yang lahir dari hati yang selama ini sepi dan tersepit. Berkat yang maha esa, alam membantu agar jiwa lara bertambah ceria, bagai mentari memberi sinar kebahagiaan dan harapan. Biarpun keadaan bumi bergolak namun kesejahteraan hati masih wujud tatkala naluri menyedut alur kehidupan.

Disini kan tercoret warkah kehidupan yang ingin ku kongsikan dan disini juga petunjuk diri ku sebagai insan yang kerdil disisi yang maha esa. Setiap hari mengimpikan kebahagian, Kedamaian dan Kesejahteraan bukan sahaja untuk diri malah untuk semua insan dimuka bumi ini.
Terimalah kegembiraan dari ku sebagai pengubat kedukaan sebelum ini. (",)

Selasa, 24 November 2009


Hidup bagaikan bermula apabila tibanya 1 Jan 2008, Pelbagai azam terbit diminda, ditambah pula azam yang lepas namun adakah tercapai? dan wajarkah azam itu dipraktikan. namun kebahagiaan hidup sentiasa tertambat dihati.

1 Jan juga terciptanya perkenalan yang tak diduga. wujud dari teknologi yang difikir mustahil pada suatu ketika dahulu. Namun teknologi jugalah yang mengubat diriku dari kesepian yang sudah.

Memang kata orang banyak berkenalan luas pandangan. Ianya terbukti tatkala diriku ini memikirkan kualiti hidup, namun kehadirannya amat bererti. Disitulah matinya sepi, disitulah ujudnya sinar kebahagiaan.