Benarkah erti rindu, atau hanya kata-kata penyedap jiwa. Adakala rindu ini punca gembira dan adakalanya rindu ini punca sedih. Tapi punca rindu juga yang memgeratkan kasih dan menguatkan sayang. Biarpun hati terluka namun rindu tetap berlarutan. Dan adakalanya rindu jugalah punca hati terluka terubat kembali. Seribu kenangan pemula rindu. oleh itu kawal diri dari melampaui rindu takut ia punca merana diri. bersama kita fikirkan.....................
Rabu, 16 Disember 2009
Kursus Kahwin
beberapa hari nie sibuk sikit dengan persiapan walaupun lagi 2 bulan lebih semua persiapan kena siap awal. nanti bila dah tiba masanya tak lah terkejar kejar atau kelam kabut.
minggu nie aku pegi kursus kahwin ngan tersayang. sekarang nie yurannya RM 80.00. aku sibuk kat KL so suruh lah sayang aku tu tolong daftarkan kat ipoh. so tarikh kursus 19 & 20hb Disember 2009.aku tak tahu lah apa agenda kursus nanti. tapi apa yang kengkawan citer kursus tu duduk dengar jer lah. tapi bagi aku takder masaalah nawaitu tu yang penting hihihih.
bab design kad jemputan, banner & sampul dah siap cuma sekarang nie tengah sibuk mencari kedai printing mana yang menawarkan harga yang berpatutan. Tengah kerja tadi ada gak terfikir kedai lama kawan aku masa sekolah dulu. sakan multi trading kat jln pasir putih tu. jumaat nanti aku g survey lah dulu.
kat sini aku masukkan lah sikit design aku tu. harap harap design tu sebagai kenangan sampai bila bila
Khamis, 3 Disember 2009
Selamat Hari Jadi Sayangku
1/12/2009
Selamat hari jadi sayangku
Semoga panjang umur murah rezeki dan kasih kita berkekalan sampai bila-bila. Dengan ini juga sayang ku dah bertambah usia kearah lebih matang. Tahun nie juga adalah harijadi terakhir sayang sebagai seorang bujang hihihih.
Tahun mendatang akan bertambah lagilah anniversary untuk kita. Buat masa ni 2 dan akan mendatang bertambah lah angkanya hiihii.Semoga kenangan ini adalah kenangan terindah untuk sayang. LUV U 4 EVER
KASIH BERKEKALAN,
CINTA ABADI,
ABANG UCAPKAN,
SELAMAT HARI JADI
Hadir Mu Membawa Sinaran
Kasihku kau menjelma
Bersama keharuman cinta
Kau membawa harapan dialam sepiku
Ku terjaga dari mimpi yang duka
Kasihku beginikah suratan
Pertemuan ini
Kau sinari duniaku cahaya cintamu
Ku bahagia bila disampingmu
( korus )
Hadirmu membawa
Sinaran cinta yang suci
Hilanglah keresahan dijiwaku
Bahagia oh kasih
Janjiku padamu
Pengorbanan kasih suci
Bersama kejujuran kan kubina
Milikku cintaku abadi